" I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat "

Tuesday, 13 June 2017

Takdir itu kejam ?
Tidak. Manusia yang kejam.

Bismillahirahmanirahim....
first of all aku cedok information ni dari thread twitter Embun Karina. Entah. Tapi rasanya thread dia menarik untuk kali ni. Maybe sebab move on kot.

Embun Karina cakap ini adalah thread mengapa kita kena move on. Kerana pada akhirnya nanti, kita hanya punya harapan dan diri sendiri sahaja. Tiada sesiapa!

1. Harapan tak menjadi kenyataan.
Amat lama untuk kita sedar itupun kita masih berharap keajaiban bakal terjadi untuk orang kembali semula pada kita. Tidak salah sebenarnya untuk berharap, selagi masih ada harapan selagi itu kita masih boleh menyimpan harapan dan berdoa, tapi tak semua takdir menyebelahi kita. Contohnya, kalau orang tu dah kahwin, takkan kau nak tunggu lagi kot. Memang kena angkat kaki jelah jawabnya.

2. Sudah tidak diperlukan.
Rasanya lebih kepada buang secara halus. Tak nampak sangat tapi dapat rasa. Rasanya itu pula buat kita sedih sendiri. Saat-saat seseorang itu memutuskan hubungan dengan kita kadang kita dapat sedar. Kadang secara tiba-tiba dia cakap dia dah tak der perasaan dekat kita. Soal perasaan memang tak boleh dipaksa. Kalau kita paksa dia stay hanya menyeksa diri dia menipu diri kita. Mungkin kita yang lambat menghargai.

3. Menamatkan hubungan dengan cara yang tidak baik.
Hal ini selalunya memang akan melambatkan proses untuk move on ditinggalkan begitu sahaja. Ada orang faham bila dah tak contact maksudnya dah tak nak dah. Ada orang perlukan penerangan dan kena explained kenapa baru dia faham. Sebagaimana beraninya kau confess dia untuk jadi pasangan kau dulu, kau kena berani jugak untuk explain why kau nak tinggalkan dia.

4. Punca dari diri kau sendiri
Kau sendiri yang memutuskan & kau berharap orang akan memujuk kau kembali ? Mungkin yang diputuskan itu lagi kecewa. Kau yang buat keputusan untuk blah dari hidup seseorang, tetapi sebenarnya kau nak dia memujuk kau jangan pergi ? Taktik ni banyak dalam drama tv. Realitinya kau kena tahu setiap manusia ni berbeza. Kau kecil hati dengan pasangan jangan sampai ambil keputusan untuk memutuskan. Nanti diri sendiri rugi.

5. Beri ruang untuk diri sendiri dan orang seterusnya.
Bukan satu orang itu je yang boleh bahagiakan kau. Ramai lagi. Kau je yang syok lagi kat dia. Ada beza sayang orang dengan jadi bodoh. Kau boleh je buat benda lain lagi selain nak hidup stuck dengan kenangan lama kau dan dia.


Oh well said and hello, benda macam ni tak perlu pun jadi kudis dalam kehidupan kau untuk diingat ingat sehingga menghantui. Kadang kau akan terasa persekitaran kau bergerak lebih pantas dan perkembangan hidup kau bergerak dengan lambat.! Kalau tak ambil action sekarang, jujur kau akan tertinggal. Kau perlu sayangkan diri kau supaya nanti kau cukup kuat untuk sayang orang lain. Kau nak tahu sesuatu. Yang membezakan masa sekarang dan masa lalu adalah sejarah. Kita tidak hidup dalam sejarah. Sejarah tetap sejarah. Masa depan menanti. Anggap je apa yang berlaku dalam tempoh singkat atau panjang adalah satu persinggahan yang tidak kekal untuk dibawa hidup bersama.

Sudah tiba waktu yang sesuai nanti, kita akan sendiri tahu keupayaan kita mampu atau tidak mampu mengatasi sesuatu itu. Ataupun abaikan sahaja. Semakin cepat masa berlalu semakin singkat untuk kau rasa kehidupan yang bersungguh tapi itu suatu nikmat yang penuh. Habis belajar on time, grad on time, kerja on time, beli kereta rumah on time, kahwin on time. Tak semua kau akan dapat on time beb!

Kadang-kadang apa yang kita rancang ni, tak sama dengan perancangan dan takdir Tuhan. Jika kita masih percaya tuhan, dia akan bagi pada masa dan waktu yang tepat. Some things are out of control. Sepower mana pun life kau pada masa lalu  berbanding sekarang, itu semua ujian yang sangat kebal. Well, that's life. Kita tak dapat handle semua perkara dalam satu masa. Walapun sedaya upaya carilah sesuatu yang kita mahir dan kawallah dengan baik. We always have a choice. Buntu sekarang, jalan selesai akan datang kemudia. Memang kita berserah kepada tuhan, tapi kena usaha dulu baru Tuhan bagi.

Akhir kata, melepaskan apa yang sudah terlepas. Seperti genggaman tangan yang tidak bertindakbalas untuk menguatkan apa lagi untuk menyimpan.


Take care. One fine day, I'll be gone for good. Good for you, good for me & good for us.
-Tinker-

Wednesday, 31 May 2017

In the name of Allah, the Almighty...

well, its been a long due i haven't update anything on this blog. Oh well, lots of things changed. Yah... A lot actually. From smaller to bigger. I can't barely explained what happen. But since being a civilian, i had my own life dude. Thing i can say here is I've got my life back.!!! banyak sebenarnya yg jadi. tapi rasa nya better kalau semua tu left unsaid.. to be honest mmg la rindu zaman kadet. Rindu sangat tapi aku tak mampu nak bertahan dalam dugaan yang terlalu mencabar bagi aku. Bagi aku, siapa yg betul betul sado hati , fizikal dan mental jer boleh tahan babe. Aku terpaksa keluar sbb aku memang tak sado. HAHAHAHA. To be said, yes tinker ni lembik sebenarnya! Tapi aku tak kisah pun even orang nak cakap aku lembik, tak kuat lemah or what so ever, asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. 

Ramai je yg tanya aku,

 "takkan la kau tak rasa menyesal tinggal life kadet?"

"weyh, kadet kaya kot dapat gaji. Takkan nak left mcm tu je?"

"tinker, kau dh smpai tahap nie takkan nak menyerah kalah?"

honestly, aku biar je semua soalan yg dilemparkan ke aku. Tak tahu nak jawab atau tak. Jawab takut salah terbagi jawapan, tak jawab pun takut salah juga. Hahaha. Entahlah. Betullah org ckp, diam itu lebih baik daripada berkata-kata. Kahkahkah...Sekarang ni aku berserah je pada takdir. Rezeki ada kat mana-mana je bro sis. Kau hanya perlu terima dan jalani hari2 kau dengan penuh ketabahan dan kegembiraan. Oh, jangan lupa selitkan sikit kebahagiaan. Hahaha. Ayat cliche sgt hahaha. Well, its not cliche tp kita mmg kena trust kepada yg dh ditentukan Ilahi. 

Look, buat apa kau nak tunjuk sedih kau depan orang weyh. Hahahah, diorang tak kisah pun sebenarnya. Kisah hidup kau belum tentu menarik untuk diorg dengar. Well, just prove that you're strong enough. Babe, gelak je sampai kau rasa mcm dunia ni kau yang punya. Itu yang aku cuba buat sekarang.
 Sampai ada yang tegur aku,

 "kau ni sejak awam, aku perati je kau. Happy semacam. Bahagia eh hidup kau tinker."

Weyyyy, takkan lah aku nak tunjuk yang aku ni tgh bersedih kot ??? Hahahah come on lah. Common sense la sikit. Hahaha. Kau tahu tak, hidup kita ni singkat je. Selagi kau boleh nikmati dia, kau nikmatilah betul-betul. Once, its over, that's it weyhh. The End of everything rasanya. 

Okay, i guess i should stop here. Oh , forgot to tell. Its already 5th of Ramadhan. May Allah always bless us.


Thank you Allah.

Wednesday, 8 March 2017

bismillahirahmanirahim...

i've found good tweets regarding the "value friendship or relationship"

These are few quotes that i've found 'kena dekat batang hidung sendiri'  



1.    " If you really value friendship, don't wreck it by falling in love with your bestfriend. Some people are better as friends than lovers."

2.    " even if you fall for your best friend, sometimes it's better to keep your feelings hidden. Some things are better left unsaid. "

3.    " There are cases where when you two upgrade your best friends status to lovers and it doesn't end well, you guys can't be friends anymore. "

4.    " So, yes a guy and a girl can definitely be best friends. And yes, no one can understand the kind of friendship you have except you guys."

5.    " Just be professional. Get your priority straight, people. If you want love, go for love. If you want friendship, go for friendship. "

6.  " But, if you can't handle your partners' friendship with his BFF, back off before it gets realer. Save yourself from future disappointments."

7.    " You might not get their flirtatious jokes, their overly caring behaviour for each other, their closeness, so walk away before it hurts more."

8.    " And to those who secretly fall for your bestfriend, here's the worst that could happen if you confess; you might lose your bestfriend." (like me now  :( 

9.    " And the best things could happen to is your best friend is in love with you too. That's the overrated opposite gender best friend's dream."

10.    " But for those who just want the friendship to just stay as a friendship; control your expectations by making sure there are no strings attached."









- TINKERBELL  has always been there for PETER. And PETER ? He choose WENDY ! -

Thursday, 16 February 2017

                               




                                                     " He knows what is in every heart"




Usai aku turun dari tangga menuju ke Srikandi setelah melapor diri kepada Kapten Wan Firdaus, telefon bimbit mulai aku capai. Lama kutatap skrin phone aku. Tergamam. Otak ligat berfikir sesuatu. Serius ah?? Aku mula menyoal diriku semula.

"Tak kot."
" Ke dia guna laptop untuk bukak insta?"

Tanganku terus pantas membuka aplikasi whatsapp. Separuh jerit aku dibuatnya.

'double tick'

Yes. Dia dh read barangkali mesej aku seminggu yang lepas. Entah bagaimana aku harus cerita. Barangkali menjelaskan perkara yang sebenar, memakan masa. Persoalannya, kenapa instagram aku dulu yang jadi mangsa like dia?? Hahaha. Positive thinking, dia nak tahu aku okay atau tak.

To be honest, hati aku dah remuk. Hancur. Seolah-olah aku dah hilang everything. Mereka tiada untuk aku bercerita, meluahkan apa yang aku rasa. Mereka tiada di saat aku perlukan seseorang utk ada bersama aku saat jatuh aku. Tapi, bukan salah mereka. Kerana kehendak perkhidmatan mereka pergi. Mereka sedang berjuang di sana. Sedangkan aku? Aku tak mampu untuk jadi seperti mereka.:(

Aku tidak sekuat mereka yang seumpama Pemuda Al-Fateh. Aku sentiasa berdoa agar urusan harian dan masa depan aku dipermudahkan begitu juga mereka. Aku sentiasa mengharapkan Dia memberikan yang terbaik untuk kehidupan aku.

     " Walau apa pun yang terjadi, solat jangan pernah tinggal. Solat dan Doa yang mengiringi kita."

Kata-kata mama dan abah sentiasa aku semat di minda. Di atas tikar sejadah, segalanya aku adukan kepada-Nya. Di saat diri terasa kehilangan segalanya, Dia mula memberi satu persatu. 

Wednesday, 15 February 2017

bismilahirahmanirahim...

Dalam sedar atau tidak kita semakin berada di dunia akhir zaman. Meniti waktu2 untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dibumi-Nya. Bersama saki baki kehidupan yang akan dihabiskan tidak kira tua, muda, dewasa mahupun kanak2. 

 Tak semua manusia mampu untuk menjadi kuat. Berpura pura untuk kuat, yes semua boleh.! Tapi pernah kau terfikir sejenak, luangkan sedikit pemikiran kau untuk memikirkan tentang pengorbanan yang pejuang2 di sana lakukan ? Bagaimana mereka bersusah payah untuk mempertahankan negara, berbakti untuk nusa dan bangsa ? Dunia semakin keruh dan pelik ! Aku sendiri tidak faham. Aku boleh dikategorikan sebagai manusia yang lemah sebenarnya. Tidak sekuat skuad2 aku yang lain untuk terus tetap bertahan dalam bidang ketenteraan. Sungguh aku lembik !

Pernah dahulu, aku bercita cita tinggi untuk berbakti kepada negara aku sendri. Berjuang sedaya , sehabis nafasku untuk nusa, bangsa, agama dan negara tercinta. Laut dan langit yang luas terbentang, sanggup aku lalui walau kuat dibadai ombak, kencang ditiup angin. Namun sekarang, semangat aku semua seolah-olah terkubur bersama harapan aku. Semuanya seakan musnah sekarang. Aku tak mampu lagi untuk menoleh ke belakang. Tidak! Aku harus tetap dengan keputusan sekarang. Ingat, "niat tak menghalalkan cara".

Aku mendengar sorotan cerita yang diceritakan Sarjan Syed sebentar tadi sewaktu rocall malam. 

"Apa perasan kamu jika melihat kawan kamu mati dibunuh di dalam peperangan? Putus tangannya. Hancur tubuh nya. Bersepai otaknya. Sanggup ke kamu nak bergerak ke hadapan meneruskan perjuangan ? Atau lari dari medan perang? Itu adalah tekanan yang bakal kamu hadapi ketika di medan perang."

Terdiam aku seketika. Sungguh mulia sebenarnya bekerja sebagai Tentera. Kau sanggup korbankan diri kau demi keselamatan dan kepentingan orang lain. Nyawa kau menjadi taruhan.!  Aku masih memikirkan lagi. Benar kata Sarjan Syed, nasib kami bukan di sini. Bukan dalam bidang ketenteraan. Barangkali di luar sana. 

Sepanjang perjalanan aku untuk pulang ke Srikandi, otak aku masih ligat berfikir. Aku tidak sekuat mereka. Hati aku tidak setabah mereka. Fizikal dan mental aku belum mencapai tahap kepuasan. Sedangkan mereka, segala benda mereka KUAT. Mereka mampu untuk tetap bertahan. Jatuh bangun mereka sangat mempersonakan. Jika salah seorang mereka aku jadikan cerita, pasti indah cerita itu nanti. Walau pada awalnya, pahit yang mereka terpaksa harung. Namun, aku yakin pahit mereka pasti di balas dengan manisnya Sang Firdausi. 

Jam di skrin laptop kutatap. Hampir lama tangan ini menaip di papan kekunci sambil menyusun ayat untuk berkata-kata. Sebotol air mineral 1.5 Liter habis aku teguk. Mata semakin mengecil, mengantuk. Penulisan ku masih banyak perlu dibaiki. 

kiri kanan kiri...
kiri kanan kiri...
kiri kanan kiri...

sehingga sayup2 aku mendengar suara2  itu pergi. Dan rasanya. katil sedang memanggil-manggil aku. Esok kelas. Barangkali, cerita harus aku tamatkan sekarang. Tak sabar nak tunggu kau balik! Banyak benda aku nak kongsikan dengan kau. Come back in one piece. Ingat, aku sayang kau. Walau hakikatnya yang harus aku terima, status kita tak lebih dari Kawan. :)  mungkin itu syaratnya. 


-selamat malam sayang-

Saturday, 11 February 2017

bismillah..

kadangkala yang kita harapkan itu selalunya tak berpihak kepada kita. Setiap apa yang kita rasakan terbaik untuk kita itu, adalah sebaliknya. Allah memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.

setiap perkataan yang kau ungkap itu seumpama satu doa. Niat yang ikhlas itu perlu. kalau boleh, setiap saat perbetulkan niat kau. Ye la, takut2 kalau dah tersimpang jauh dari niat asal. ha, kan susah nanti. Hahahahaha.

well, itu bukan yang aku nak cerita sebenarnya. Barangkali, ada lebih kejutan yang menanti lepas ni. who knows kan???



if you guys still remember, entri aku before this is about i'm quiting from being a cadet officer. Yeah, cadet officer . Tak semua orang mampu untuk join military . tak semua kay tak semua. Especially, ladies. And that is why aku sangat kagum dengan para gadis mahupun wanita yang join military. Diorang bukan jer berkhidmat untuk diri sendiri, tapi untuk keluarga, nusa, agama, bangsa dan juga negara gituuhh. acewahhh. Hahahaha.....

Itu adalah aku. sekitar hujung tahun 2k16. Hahaha. yaya, kurus lagi masa tu. sekarang ?? tak usah dibicarakanlah. Seronok sebenarnya bila kau join military. Kau akan rasa semngat yg berbeza sebenarnya. bagi aku la. Kalau korang, aku tak tahu. Banyak pengalaman yang aku tempa dekat UPNM ni. Banyak boh, banyak. tak terhitung pulak bila nak kira. Especially, on semangat setiakawan. Omputeh cakap, comrade ship gituhh. Eh ? 

Kalau nak cerita apa yang aku dapat sebelum aku PKB (proses keluar baris) ni, memang sampai esok lusa tulat tungging pun aku takkan habis typing. Hahaha. Persoalannya, kenapa aku keluar baris? kenapa aku keluar dari military ??? HOHOHO. biar aku simpan dulu jawapan itu. Well, people said, ada benda kalau didiamkan itu lebih baik kan?? So, i chose to shut my mouth for the time being. Mungkin kalau yang bertanya tu, aku ceritakan kot. KOT OKAY KOT. !




few pictures of my great memories. I do really miss it. T_T  *i wanna cry right now*
That girl used to be someone who is strong enough to face everything. But now, she can't even control her tears anymore. HATI TISU SANGAT !!!

well, i need to logout now. Ada masa, aku update balik. 
#sayarindutinkerbell





Wednesday, 8 February 2017

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum .

sungguh aku rindu untuk menulis semula setelah agak lama menyepi. Bukan taknak typing balik just that masa amat mencemburui. Hahahaha.

Well, benarlah apa yang mereka sering katakan. Rezeki Allah itu luas bukan??? Jadi kita sebagai manusia harus percaya terhadap apa yang telah Dia tentukan untuk kita. Dan sekarang aku harus percaya semua itu adalah benar dan bukan dusta. Seperti yang aku alami saat ini. :(

Aku percaya, Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Mungkin rezeki aku bukan sebagai pegawai kadet? Tak semestinya aku tiada masa depan. *hanya air mata mengiringi
Aku sayang untuk tinggalkan semua yang aku punya sekarang. Aku sayang untuk melepaskan title yang aku pegang sebagai pegawai kadet. Tapi, apakan daya keputusan dan persetujuan telah dimuktamadkan. Hanya menunggu kelulusan pihak atasan. I wanna cry. Bersabarlah hati, perjuangan kau belum selesai di sini.

Kau bukan sengaja minta mcm ni. Tinker, kau kuat. Kau penah jadi manusia yang sangat kuat. Manusia yang tak pernah tahu sakit tu apa. Tapi kenapa sekarang kau jadi manusia yang sangat lemah. Lembik!

Aku cuba untuk kuat. tepis segala yg datang dan didik hati untuk terus bertahan. Tapi aku tak mampu. Aku dah penat untuk tetap kuat. Aku tak kuat.   T_T

Mama, babah i'm so sorry. Kakak tak mampu nak tunaikan permintaan semua orang. Kakak tak mampu nak puaskan hati semua pihak. Kakak dah cuba sedaya upaya kakak untuk kuat ma, bah. Kakak dah berperang dengan perasaan sendiri cuba untuk melawan takdir dan menidakkan, tapi kakak hanya manusia yang dicipta. Hakikatnya, kakak bukan pencipta mama,babah.

Sahabat-sahabat,
andai kata kalian mengetahui, cukuplah sekadar senyuman yang aku mampu beri sebagai jawapan. Meninggalkan segala kenangan yang pernah kita cipta dari zaman asasi adalah kenangan yang sangat indah untuk aku. Sumpah tak tipu. Mengenali kalian, adalah anugerah terindah untuk aku especially kau (loceng). Mungkin jalan cerita antara kita sampai sini je, cukup singkat untuk aku turut serta merasai pengalaman bergelar Leftenan Muda. Hahahaha. but its okay, doakan aku dapat kawin dgn pegawai jgk one day. *sempat berangan lagi. Hahahaha.



Wednesday, 11 January 2017

But not today.

One fine day, i will be happy without you by my side. One day, i can smile happily without having you in my life. One day, i can walk away easily and just let go of what we had before. One day, i will met new people and discover new things with them. One day, i will be stronger and nothing will break me anymore. One day, I will develop new feelings for someone else. One day, i will meet the real of my life. One day, i will be stop crying for stupid reasons. One day, i will  be stop crying for missing you. One day, i will be fine and okay. I will be fine. But not today.

-tinker-

Saturday, 12 November 2016

Bismillahirahmanrahim...

     " With every difficulty, there is a relief."

A good quote to start the typing.

I've been rarely update on my blog. Too hectic with military training and life. But sometimes, that busy-ness keep me on how to MOVE ON with that feeling.

Until now, i still couldn't accept the fact about the "08 APRIL 2016" . Its the day when i TERconfess everything. *read that TER 1000 times.

Slowly i wanna forget and start over something new. Forget single things about HIM. The real FACT is I CAN'T . Why la is it so hard just to forget on you ? *confusionface.



waktu terasa semakin berlalu,
tinggalkan cerita tentang kita,
akan tiada lagi kini tawamu,
untuk hapuskan semua sepi di hati.

ada cerita tentang aku dan dia,
dari kita bersama,
saat dulu kala,
ada cerita tentang masa yang indah,
saat kita berduka,
saat kita tertawa.

teringat di saat kita tertawa bersama,
ceritakan semua tentang kita,
ada cerita tentang aku dan dia,
dari kita bersama,
saat dulu kala.

I guess, distance myself from you and keep on being silence is the best way now. Avoiding myself from you, it really take time but it's okay it's alrite. Fatin Syazana is a tough-hearted lady. HAHAHAHAHA. *mohon pergi mampus tinker

Monday, 17 October 2016

UNTUK MELUPAKAN

Ramai manusia sebut perkara yang sama berulang kali pada saya, kita perlukan manusia lain untuk ubat hati kita yang lara ini. Kita perlukan seseorang lain untuk lupakan kenangan manis kita bersama manusia yang sebelumnya. Saya cuba lakukan perkara yang sama dahulu dan hasilnya, saya melukai hati manusia yang tidak bersalah.

Untuk melupakan seseorang kau tidak perlu manusia lain untuk mulakan hidup baru. Tidak perlu tarik seorang manusia tidak berdosa dengan masalah hati yang kau rasa. Itu hanya merumitkan keadaan. Umpama kau keluar mulut buaya, kau terjatuh ke mulut sang naga. Masalah kau tidak selesai, kau hanya tangguh masalah lama dan sedang bina masalah baru.

Untuk melupakan dia, kau perlu belajar sayang diri kau, kenal diri kau. Dia sudah berkahwin, dia sudah jumpa yang lebih baik, biarkan. Kau tidak perlu berlumba untuk menangi dia. Ingat, hidup kau bukan perlumbaan. Berlumba untuk itu hanya untuk orang bodoh.

Dia berlumba untuk tunjukkan kau sudah kehilangan yang kononnya PERMATA, kau biarkan. Perjuangan kau kini bukan semata untuk cinta. Kau jatuh kerana cinta, dan biarlah kau naik juga kerna CINTA. Cuma kali ini, cinta kau lebih penuh pada Tuhan, cinta kau lebih kukuh buat diri sendiri.

Ketika seseorang sentiasa berada dalam minda kau walau kau cuba melupakan, itu tandanya tiga.

Satu, kau berdendam dan masih sayang.
Kedua, kau masih sayang, dan masih mahu mencuba.
Ketiga, kau cuba melupakan dengan membenci tapi kenangan manis sering bermain di minda.

Sampai satu ketika nanti, kau akan rasa kau manusia pembazir. Yang hidup untuk memikirkan cerita lama, sakit yang lama. HEY, jika TUHAN mahu kau rasa SEDIH sentiasa, dia sudah matikan kau. Dia masih beri kau nyawa bersebab.

Untuk kau buang hal yang sakitkan hati.
Untuk kau jadi lebih bahagia dan tidak bersama dengan manusia yang SALAH.
Dan yang utamanya, untuk kau sedar,

HIDUP INI SUATU PERJALANAN. Cerita gembira, untuk ajar kau bersyukur. Cerita sedih, mengajar kau lebih ingat pada Dia dan kuat dari sebelumnya.

Lihat sekeliling, kau sudah lengkap. Kau cuma terlampau emosi untuk sedar dan nampak. Esok jika masih bernyawa, mulakan hidup baru. Hari-hari, hari baru jika kau buka mata dan rasa kasihnya Tuhan itu sentiasa ada.