" I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat "

Thursday, 16 February 2017

                               




                                                     " He knows what is in every heart"




Usai aku turun dari tangga menuju ke Srikandi setelah melapor diri kepada Kapten Wan Firdaus, telefon bimbit mulai aku capai. Lama kutatap skrin phone aku. Tergamam. Otak ligat berfikir sesuatu. Serius ah?? Aku mula menyoal diriku semula.

"Tak kot."
" Ke dia guna laptop untuk bukak insta?"

Tanganku terus pantas membuka aplikasi whatsapp. Separuh jerit aku dibuatnya.

'double tick'

Yes. Dia dh read barangkali mesej aku seminggu yang lepas. Entah bagaimana aku harus cerita. Barangkali menjelaskan perkara yang sebenar, memakan masa. Persoalannya, kenapa instagram aku dulu yang jadi mangsa like dia?? Hahaha. Positive thinking, dia nak tahu aku okay atau tak.

To be honest, hati aku dah remuk. Hancur. Seolah-olah aku dah hilang everything. Mereka tiada untuk aku bercerita, meluahkan apa yang aku rasa. Mereka tiada di saat aku perlukan seseorang utk ada bersama aku saat jatuh aku. Tapi, bukan salah mereka. Kerana kehendak perkhidmatan mereka pergi. Mereka sedang berjuang di sana. Sedangkan aku? Aku tak mampu untuk jadi seperti mereka.:(

Aku tidak sekuat mereka yang seumpama Pemuda Al-Fateh. Aku sentiasa berdoa agar urusan harian dan masa depan aku dipermudahkan begitu juga mereka. Aku sentiasa mengharapkan Dia memberikan yang terbaik untuk kehidupan aku.

     " Walau apa pun yang terjadi, solat jangan pernah tinggal. Solat dan Doa yang mengiringi kita."

Kata-kata mama dan abah sentiasa aku semat di minda. Di atas tikar sejadah, segalanya aku adukan kepada-Nya. Di saat diri terasa kehilangan segalanya, Dia mula memberi satu persatu. 

No comments:

Post a Comment