" I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat "

Tuesday, 13 June 2017

Takdir itu kejam ?
Tidak. Manusia yang kejam.

Bismillahirahmanirahim....
first of all aku cedok information ni dari thread twitter Embun Karina. Entah. Tapi rasanya thread dia menarik untuk kali ni. Maybe sebab move on kot.

Embun Karina cakap ini adalah thread mengapa kita kena move on. Kerana pada akhirnya nanti, kita hanya punya harapan dan diri sendiri sahaja. Tiada sesiapa!

1. Harapan tak menjadi kenyataan.
Amat lama untuk kita sedar itupun kita masih berharap keajaiban bakal terjadi untuk orang kembali semula pada kita. Tidak salah sebenarnya untuk berharap, selagi masih ada harapan selagi itu kita masih boleh menyimpan harapan dan berdoa, tapi tak semua takdir menyebelahi kita. Contohnya, kalau orang tu dah kahwin, takkan kau nak tunggu lagi kot. Memang kena angkat kaki jelah jawabnya.

2. Sudah tidak diperlukan.
Rasanya lebih kepada buang secara halus. Tak nampak sangat tapi dapat rasa. Rasanya itu pula buat kita sedih sendiri. Saat-saat seseorang itu memutuskan hubungan dengan kita kadang kita dapat sedar. Kadang secara tiba-tiba dia cakap dia dah tak der perasaan dekat kita. Soal perasaan memang tak boleh dipaksa. Kalau kita paksa dia stay hanya menyeksa diri dia menipu diri kita. Mungkin kita yang lambat menghargai.

3. Menamatkan hubungan dengan cara yang tidak baik.
Hal ini selalunya memang akan melambatkan proses untuk move on ditinggalkan begitu sahaja. Ada orang faham bila dah tak contact maksudnya dah tak nak dah. Ada orang perlukan penerangan dan kena explained kenapa baru dia faham. Sebagaimana beraninya kau confess dia untuk jadi pasangan kau dulu, kau kena berani jugak untuk explain why kau nak tinggalkan dia.

4. Punca dari diri kau sendiri
Kau sendiri yang memutuskan & kau berharap orang akan memujuk kau kembali ? Mungkin yang diputuskan itu lagi kecewa. Kau yang buat keputusan untuk blah dari hidup seseorang, tetapi sebenarnya kau nak dia memujuk kau jangan pergi ? Taktik ni banyak dalam drama tv. Realitinya kau kena tahu setiap manusia ni berbeza. Kau kecil hati dengan pasangan jangan sampai ambil keputusan untuk memutuskan. Nanti diri sendiri rugi.

5. Beri ruang untuk diri sendiri dan orang seterusnya.
Bukan satu orang itu je yang boleh bahagiakan kau. Ramai lagi. Kau je yang syok lagi kat dia. Ada beza sayang orang dengan jadi bodoh. Kau boleh je buat benda lain lagi selain nak hidup stuck dengan kenangan lama kau dan dia.


Oh well said and hello, benda macam ni tak perlu pun jadi kudis dalam kehidupan kau untuk diingat ingat sehingga menghantui. Kadang kau akan terasa persekitaran kau bergerak lebih pantas dan perkembangan hidup kau bergerak dengan lambat.! Kalau tak ambil action sekarang, jujur kau akan tertinggal. Kau perlu sayangkan diri kau supaya nanti kau cukup kuat untuk sayang orang lain. Kau nak tahu sesuatu. Yang membezakan masa sekarang dan masa lalu adalah sejarah. Kita tidak hidup dalam sejarah. Sejarah tetap sejarah. Masa depan menanti. Anggap je apa yang berlaku dalam tempoh singkat atau panjang adalah satu persinggahan yang tidak kekal untuk dibawa hidup bersama.

Sudah tiba waktu yang sesuai nanti, kita akan sendiri tahu keupayaan kita mampu atau tidak mampu mengatasi sesuatu itu. Ataupun abaikan sahaja. Semakin cepat masa berlalu semakin singkat untuk kau rasa kehidupan yang bersungguh tapi itu suatu nikmat yang penuh. Habis belajar on time, grad on time, kerja on time, beli kereta rumah on time, kahwin on time. Tak semua kau akan dapat on time beb!

Kadang-kadang apa yang kita rancang ni, tak sama dengan perancangan dan takdir Tuhan. Jika kita masih percaya tuhan, dia akan bagi pada masa dan waktu yang tepat. Some things are out of control. Sepower mana pun life kau pada masa lalu  berbanding sekarang, itu semua ujian yang sangat kebal. Well, that's life. Kita tak dapat handle semua perkara dalam satu masa. Walapun sedaya upaya carilah sesuatu yang kita mahir dan kawallah dengan baik. We always have a choice. Buntu sekarang, jalan selesai akan datang kemudia. Memang kita berserah kepada tuhan, tapi kena usaha dulu baru Tuhan bagi.

Akhir kata, melepaskan apa yang sudah terlepas. Seperti genggaman tangan yang tidak bertindakbalas untuk menguatkan apa lagi untuk menyimpan.


Take care. One fine day, I'll be gone for good. Good for you, good for me & good for us.
-Tinker-

No comments:

Post a Comment