Baru-baru ini saya ada nampak seseorang yang menunggu seseorang yang dia suka, walaupun orang yang dia suka tu tak beri sebarang respon pun dekat dia dan masih mencari orang lain. Jadi dia confuse, dia nak tunggu, atau dia nak pergi? Kau patut pergi jika, kau dah usaha yang paling baik tapi dia masih tak nampak effort yang kau dah buat untuk bersama dia. Nanti kau akan kata, tak apa, mungkin dia perlu masa. Ya, semuanya perlu masa tapi persoalan yang kau perlu faham adalah, berapa banyak lagi masa yang kau perlu bazir untuk dia? Kau kena faham, kau dah tak muda, dan setiap detik yang kau bazirkan untuk menunggu, setiap detik itulah kau telah bakar segala peluang untuk kau bahagia.Tunggu, jika dia nampak kau selepas kau sudah buat itu ini pada dia. Ramai antara kita, banyak bazirkan masa dengan orang yang tak suka kita.
Kenapa? Sebab kita tak berani nak suka orang lain. Dan kenapa kita tak berani nak suka orang lain?
Sebab kita takut yang kita tak akan dapat yang lebih baik dan kita selesa dengan apa yang kita sudah ada. Hidup ini luas woi. Aku pernah suka seseorang separuh mati dahulu dan kau nak tahu apa yang aku dapat selepas menunggu dia untuk datang semula? Aku hanya dapat sakit hati. Haha. Manusia datang dan pergi. Itu kehidupan. Kau tak boleh nak halang dia pergi, tapi kau boleh jadi lebih "pandai" untuk lebih pandai bawa diri. Ada manusia, berbaloi ditunggu.
Ada manusia, kau boleh kenal dia dan berlalu pergi dari terus mengharap kepada yang tidak pasti. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa woii. Haha.
Cerita hari ini tamat sampai sini. Esok kau mulakan dengan cerita baru. Tak bahagia hari ini, itu hari ini punya cerita. Setakat itu je. Jadi esok cari kebahagiaan kau.
Bila tengah rasa tak kuat tu, jangan paksa diri sangat. Rehat kejap. Punca kau jatuh dan tak bangun-bangun, disebabkan oleh kau berlagak kuat sepanjang masa.
Kita ini manusia yang ditakdirkan untuk jatuh beberapa kali dalam kehidupan. Tapi you know what? Walau teruk mana kita jatuh, kita pasti akan bangkit dan lawan semula. Itu yang istimewanya kita.Jadi, jika hari ini tak berapa indah buat kau, kau rehat dulu, cuci muka, bersihkan diri dan tidur. Esok kau lawan semula dan capai bahagia yang kau nak. Ok? Jangan mengalah kerana orang yang kalah hanyalah orang yang tak bahagia tapi dia berhenti berlawan. Itu kekalahan dan Dil To Pagal Hei. Goodluck.
The main goal is untuk korang jadi apa yang paling terbaik untuk korang (termasuk saya sekali). Kita anak muda, tak perlu ikut dan takut, kita perlu lari dan terbang.
Kalau berlagak kuat sgt sentiasa, si hijau Hulk tu pun kecundang jugak. Iron Man yg besi tu pun boleh cair besi dia. Captain America yg acah2 sado tu pun kadang menangis jugak. Superman yg boleh terbang tu pun mungkin fikir dua tiga kali untuk terbang. ππΎ
Tingginya tembok ego itu dibina, kalah KLCC. Gayat pulak aku tgk. Tak takut ke kalau tiba-tiba, tembok tu runtuh, end up pecah dia tahap molekul jugak. Sakit. πΎπ³π³π³
Sum up the conclusion, aku tetap pilih untuk tunggu dan bukannya pergi. π«
No comments:
Post a Comment