Assalamualaikum ...
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih bisa bernafas di muka bumi-Nya.
Agak lama aku tidak menulis. sudah pasti terlalu banyak perkara dan cerita yang ingin diluahkan, ingin disampaikan , ingin aku bermonolog di sini. Luahan hati aku.
Mungkinkah "pembaca" blog ini masih mengingati ttg kisah di mana aku "TER"jatuh cinta dengan kawan baik aku sendiri. Ya. barangkali aku telah membuat keputusan yang salah dengan memberitahu dia bahawa aku suka kepadanya. Bodoh sungguh aku masa itu. Tidak dinafikan. aku cuba untuk melawan kehendak hati aku. Menciptakan jarak di antara aku dan dia. Sejujurnya , aku tidak mampu untuk "move on". YA . Aku tipu diri aku sendiri. Aku tipu perasaan aku. Aku tipu hati aku dengan mengatakan bahawa aku 'KUAT', sebaliknya tidak. Aku berpura-pura untuk kuat. Untuk tidak menunjukkan betapa lemahnya aku. Tipu kalau aku ckp aku tak sayangkan dia lagi. Tipu kalau aku cakap perasaan cemburu itu tiada.
Dia sendiri meminta aku untuk move on. Katanya, "ada jodoh nasi minyak, tiada jodoh nasi bujang." Entah aku mahu ketawa atau sebaliknya. Bukan salah dia yang tanpa sengaja memberi aku harapan itu. Tapi salah aku yang mengejar seseorang yang tiada hati untuk aku . Perasaan dia kepada aku hanya sekadar sahabat baik. Ya, aku adalah sahabat baiknya.
Tidak dinafikan, sumpah aku rasa sakit. Sakit yang teramat. Kadangnya, aku tertanya2, "tak pernahkah kau cuba untuk sayang aku sebagai mana aku sayang kau?" Ya, aku tahu , kita tak boleh nak paksa orang yang kita suka untuk suka kan kita balik. Bermimpi sajalah kau. Kalau adapun. nasib kau sangat baik. Terlalu banyak kenangan manis yang telah terbina antara aku dan dia.
Di sini, aku masih lagi tertanya-tanya, apa mahu kau sebenarnya ? Kau mahu aku move on tapi kita masih menjadi sahabat baik seperti sebelumnya yang berkongsi segalanya bersama. Tapi sekarang, entah kenapa aku rasa kau yang perlahan-lahan pergi tinggalkan aku. Aku terfikir adakah kau sudah tidak pedulikan aku atau kau ingin berikan aku ruang dan masa untuk aku berfikir tentang "kita". Ahhh, aku keliru. Complicated barangkali kisah kau dan aku . Hmmmm.
Hati, kenapa kau masih berdegil? Perlukah aku masih bertahan di sini demi sekeping hati yang masih memiliki rasa cinta terhadap makhluk-Nya ? Ya Allah, sesungguhnya aku buntu. Ya, rasa cinta dan sayang yang hadir ini Kau yg beri. Tapi ajarkanlah aku erti REDHA, melepaskan sesuatu yang belum pasti menjadi milik aku. Ajarkanlah aku untuk melepaskan dan terima segala yang tertulis. Walaupun sakit, aku harus terima semuanya.
" yang aku rasakan terbaik untuk aku itu belum tentu baik untukku, sedangkan yang aku rasakan buruk untuk aku itu belum tentu buruk untukku "
Sahabat Baikku,
jika kau membaca monolog aku ini, percayalah perasaan aku pada kau masih sama. Entah kenapa aku masih tidak mampu untuk menghapuskan perasaan sayang dan cinta ini. Mungkinkah kerana aku takut untuk kehilangan kau ? atau kerana aku takut untuk kehilangan segala kenangan yang pernah Tercipta tanpa sengaja sebagaimana aku Terjatuh cinta dengan kau tanpa sengajanya. Aku tidak mahu kerana ego kau dan aku, masing-masing menjauhi sekarang. Aku rindu kita yang dulu. Yang selalu ada untuk masing-masing saat diperlukan. Aku rindukan kau yang selalu memberi aku kata2 semangat untuk aku bangkit dari kekalahan aku. It hurt me when you said i'm just a friend to you. Cause, friends don't do what we do. Sumpah sahabat, sumpah aku RINDU.
Kau tahu, makin jauh aku kejar, makin jauh kau lari. di situ aku diberi pilihan untuk BERHENTI atau TERUS MENGEJAR. TUNGGU atau PERGI ???
if only you read this, i hope please understand me in this situation.
I didn't ask and expect for this to happen. I know that one day, you will be a star in someone's sky. But, why, why it is not to be my sky ?
Sekarang aku sedar, aku tak penting untuk kau. Our conversation before this was just a messed for you. Am i disturbing you ? If yes, I am sorry if for all this while i annoyed you with those rubbish simple things. I just want your ATTENTION. But now, i know where is my place. Its okay , you are still and always be my favourite :')
No comments:
Post a Comment